Saturday, August 4, 2012

Wanita...

Yang seringkali tak muncul ke permukaan,
yang hampir tak pernah diungkapkan di forum-forum ilmiah,
yang sering dianggap tak penting sedangkan banyak orang memerlukannya,
yang mungkin membuat orang berfikir berulang kali untuk membahasnya,
kerana merasa tak ingin tinggi hati ataupun merasa tak ingin direndahkan dengan memaknai keberadaannya?

Ianya adalah : Wanita.

Ketika wanita menangis,
itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terunggulnya,

melainkan justru bererti dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis,
itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis,
itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah,
melainkan kerana dia sudah tidak sanggup berpura-pura kuat.

Mengapa wanita menangis?
Kerana wanita juga seorang manusia yang memiliki perasaan.

Wanita tidak pernah menuntut banyak kecuali pengertian.
Kadang wanita terlihat manja, banyak maunya,
atau mungkin di mata lelaki, wanita hanyalah makhluk yang menyusahkan.

Tapi ketahuilah,
wanita masih tetap berdiri tegar meski lelaki yang dicintai telah menghentamnya dengan banyak rasa sakit yang mendera.
Wanita masih tetap seperti orang yang sama,
ketika lelaki yang dicintai berusaha pergi dan menghindar lantas datang kembali membawa rasa.
Meski wanita terlihat tidak peduli, meski wanita terlihat mengacuhkan,
tapi percayalah jauh dilubuk hatinya, wanita punya sejuta doa untuk lelaki yang dicintainya.

Kerana wanita ditakdirkan untuk berpasangan, tidak untuk menjalani kesendirian.

Wanita memang selalu tampak berlebihan dalam mengeksplorasi perasaannya, itulah mengapa anak selalu terlahir dari rahim kaum wanita. Kerana Allah ciptakan ruang luas di bawah hati wanita untuk tempat bernaungnya hasil-hasil cinta.

Kerana ya, lagi-lagi wanita, dimana Allah menakdirkan wanita sebagai makluk yang akan selalu terlihat lemah diluar tapi kuat didalamnya...

No comments:

Post a Comment